Google
 

View My Stats

12 July 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR akan berlangsung selama 3 hari iaitu mulai 12 Julai (selasa) hingga 14 Julai 2011 (khamis).
Jadual Peperiksaan Percubaan adalah seperti berikut :
Selasa (12 Julai 2011)  : Bahasa Melayu 1 (8.10 - 9.00 pagi)
                                   Bahasa Melayu 2 (9.10 - 10.25 pagi)
                                   Matematik 2 (11.40 - 12.20 tengah hari)
Rabu (13 Julai 2011)    : Matematik 1 (8.10 - 9.10 pagi)
Khamis (14 Julai 2011) : Sains (8.10 - 9.25 pagi)
                                    Bahasa Inggeris 1 (9.35 - 10.25 pagi)
                                    Bahasa Inggeris 2 (11.40 - 12.20 tengah hari)

Diucapkan selamat maju jaya dan fokuskan kepada peperiksaan. Doa ibu bapa dan guru-guru sentiasa mengiringi kejayaan murid-muridnya.





07 July 2011

Perubahan Tarikh Cuti Khas

       PERHATIAN        

KHAS PADA WARGA PPDLMS YANG TERLIBAT

Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Larut Matang dan Selama, adalah dimaklumkan bahawa 11 JULAI 2011 (ISNIN) diumumkan sebagai hari CUTI bagi semua sekolah di negeri Perak. Surat pemakluman akan dikirimkan ke sekolah dalam minggu ini. Sekian. Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama.
-----------------------------

Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Warga Pendidik dan Warga Taiping atas kerjasama dan sokongan menjayakan Program Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada 2 Julai 2011 dengan cemerlang.


TERIMA KASIH
http://ppdlms.edu.my/



05 July 2011

Cuti Khas Larian 1M 1S 1M

Pada 8 Julai 2011 (Jumaat) diumumkan cuti sempena larian serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bagi semua sekolah di negeri Perak.
Cuti Khas Larian Serentak





Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Bertarikh 2 Julai 2011, larian serentak 1M 1S 1M diadakan di SK Sungai Siputeh. Dirasmikan oleh YDP PIBG En. Jafri bin Mohd Taha. Disertai oleh seramai 600 orang peserta dikalangan murid-murid, guru-guru, staf sokongan, ibu bapa dan waris pelajar. Program ini mendapat kerjasama yang kuat daripada PIBG SK Sungai Siputeh juga dokongan erat daripada Pengerusi JKKK Kg. Sungai Siputeh dan Pengerusi JKKK Kg. Teluk Mas.


Warga SK Sungai Siputeh mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Juga setinggi-tinggi penghargaan kepada yang menyumbangkan tenaga dan kewangan kepada program ini.

Wajah-wajah ceria warga SKSSp
Sesi pendaftaran

Model Banner





Larian bermula








Sesi melenggang  (bukan larian)
Hadiah Cabutan Bertuah ( Sumbangan En. Hashim b. Zakaria )





















Lagi gambar-gambar Larian Serentak dalam Facebook : Skssiputeh Selama.

Pentadbir Blog SK Sungai Siputeh


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama rasanya blog ini tak diupdate, almaklumlah adminnya dah bertugas di tempat lain. Sayang ... blog dah ada tapi tiada yang menguruskannya. Insyaalah saya akan cuba kendalikan blog ini, kemahiran pun kurang. Jadi saya memohon kerjasama rakan-rakan untuk membantu, tanpa upah kita buat kerja amal .... ada ganjaran yang tersirat jika niat kita ikhlas. Memandangkan tugas sebagai guru amat sibuk, selalunya kita kena membuat 4 atau 5 kerja sekaligus, itu belum masuk tugasan di luar tugas hakiki kita lagi.
Saya juga mengalu-alukan jika ada rakan-rakan yang ingin menyumbangkan sesuatu seperti idea, pandangan, nukilan atau apa-apa sahaja di dalam blog ini.

Jika ada yang berminat, boleh emel saya ye ( minnhz@gmail.com ). Tapi maaf kata, kerja amal ye.:-)


30 December 2010

Sayonara

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada warga SKSSp kerana memberi segala dorongan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh kami berkhidmat di sini. Mohon maaf jika ada keterlanjuran tutur bicara dan tingkah laku yang tidak menyenangkan dan halalkan segala makan dan minum. Semoga berjaya.
Jumpa lagi...........
Daripada :
~~~~ cikgu norwahidah~~~~cik suraya~~~  :)

Kutipan Yuran tahun 2011