Google
 

View My Stats

24 February 2010

Lagu Sekolah

Sekolah Tercinta

SKSS sekolah tercinta
Curahkan bakti tidak terhingga
Agar kita maju dan jaya
Tercapai hasrat ayah dan bonda

Marilah kawan-kawanku
Bersama kita menuntut ilmu
Menjadi insan yang berguna
kepada bangsa dan negara

SKSS sekolah tercinta
Curahkan bakti tidak terhingga
Agar kita maju dan jaya
Tercapai hasrat ayah dan bonda


23 February 2010

Program 15 Minit Mentor Pagi

Hari ini bermulanya program 15 minit mentor pagi dimana setiap guru mempunyai mentee masing-masing. Program ini bertujuan untuk memastikan agar sifar masalah bacaan bagi murid-murid di sekolah. Program yang diadakan pada setiap minggu pada hari Selasa, Rabu dan Khamis ini akan meningkatkan pencapaian murid-murid dalam bacaan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan kecekapan dalam hafalan sifir.

22 February 2010

Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah akan diadakan pada 5 Mac 2010.

19 February 2010

Makmal Komputer Sekolah

Individu yang bertanggungjawab ke atas makmal komputer sekolah.

En. Rosyidan Bin Abd Aziz
Guru Penyelaras ICT










En. Halim Bin Hasan
Guru Data










En. Faizal Bin Md Noh
Penyelaras Makmal













Cik Suraya Bt Mohd Radzi
Fasilitator Schoolnet (18 Jan 2010)

Temasya Olahraga 2010

Pada 11 Februari yang lalu, Sekolah Kebangsaan Sungai Siputeh telah berjaya menganjurkan Temasya Olahraga Tahun 2010. Terdapat 52 acara yang dipertandingkan sebelum dan semasa hari sukan diadakan.

Abd Muhaimin Bin Rozelan
dan Nur Nabihah Bt Rasid telah diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati sekolah untuk tahun 2010. Berikut adalah keputusan keseluruhan bagi rumah sukan yang mengambil bahagian.

1-Merah:1330 mata
2-Hijau:1240 mata
3-Biru:1230 mata
4-Kuning:1220 mata

Tahniah kepada rumah Merah dan terima kasih di atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan temasya ini.

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Sungai Siputeh telah ditubuhkan pada tahun 1901.

Berikut adalah senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di SkSSp:

1-En Darus Bin Talib (1935-1951)
2-Tn Hj Md Rahim Bin Said (1951-1959)
3-En Zakaria Bin Salleh (1960-1962)
4-En Zainuddin Bin Shaharuddin (1963-1966)
5-Tn Hj Md Nilam Bin Hj Abd Aziz (1967-1973)
6-En. Abd Moin Bin Othman (1974-1979)
7-Tn Hj Zainal Abidin Bin Hj Omar (1980-1983)
8-En Shamsuddin Bin Jelani (1983-1987)
9-Tn Hj Mat Noh Bin Hashim (1987-1989)
10-Pn Jalila Bt Hj Omar (1989-2001)
11-En Abd Rahim Bin Hj Mohd (2001-2003)
12-En Abd Aziz Bin Saaod (2003-2008)
13-En Ng Eng Bok (2008-2009)
13-En Mohd Anuar Bin Jamaluddin (2009-sekarang)