Google
 

View My Stats

02 March 2010

Gotong Royong

Satu aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah guru telah diadakan pada hari Khamis 1 Mac 2010.  Gotong-royong ini disertai kira-kira 50 orang yang terdiri daripada guru besar, guru-guru dan staf SK Sg Siputeh serta pihak PIBG.

 
Aktiviti ini juga mendapat sokongan padu daripada pihak Jawatan kuasa Masjid At-Taqwa, Kg Sg Siputeh yang turut hadir bergotong-royong. Ia bertujuan membersihkan kawasan rumah guru tersebut yang telah lama tidak digunakan dan ditumbuhi oleh semak-samun. Pokok-pokok juga turut ditebang.Kawasa berkenaan juga akan digunakan untuk majlis Sambutan Maulidur Rasul di masjid berkenaan pada 13 Mac 2010 nanti. Sedikit jamuan ringan telah disediakan bagi semua yang terlibat dalam gotong-royong berkenaan.
 

No comments:

Post a Comment